Pendaftaran Haji 1431

14th April 2010

Alhamdulillah, sejak 2 tahun yang lepas, lebih dari 120 rakyat MALAYSIA di Qatar telah menyahut seruan haji. Pendaftaran Haji bagi tahun 1431/2010 kini dibuka.

Diharap bagi mereka yang telah terbuka hati & menanam hasrat untuk mengerjakan haji boleh lah memberikan detail-2 seperti berikut:

Sila hantar maklumat diri (Nama penuh, email address, no mobile dan sebagainya) kepada kami ONLINE melalui LINK INI tidak kira samada anda berhasrat untuk pergi dengan bas atau kapalterbang. Ini bagi tujuan komunikasi, mengatur kursus, pengurusan kuota (jika perlu) dan sebagainya. Sila isi e-borang ini secara berasingan bagi setiap ahli keluarga yang akan pergi bersama.

Bagi yang berhasrat pergi dengan bas (melalui hamlah Al Ali), sila serahkan

  1. Salinan muka depan passport
  2. Salinan RP dlm passport
  3. Gambar 4 keping (background warna putih)
  4. Deposit QR500 seorang

Sila serahkan kepada ahli sekretariat seperti berikut :

-Wan Harris (5812186), wanharrisamir@gmail.com
-Mohammad Issyam (5865782), eltax73@yahoo.com
-Khairil Annuar @ Dukhan (5899273), kazjas85@yahoo.com
-Ahmad Hasnan @ AlKhor (6816628), ahmadhasnan@gmail.com
-Zaim (5542637), abuadilah1429@gmail.com

Bagi mereka yang ingin pergi mengerjakan haji dengan kapalterbang, bolehlah menghubungi saya (Zaim) untuk mendapat maklumat hamlah dan sebagainya. Bagaimanapun, kami perlu mendapat maklumat bakal haji semuanya bagi perancangan kursus haji, pengumuman dan sebagainya. Semua bakal jemaah haji akan didaftarkan di dalam google group haji1431 bagi memudahkan komunikasi serta makluman mengenai kursus haji, insyaAllah

Sabda Rasulullah saw, “Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu barang yang akan berlaku ke atasnya (mati)”.
(HR Imam Ahmad)

“Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah ialah tetamu Allah. Jika mereka memohon doa Allah perkenankan. Dan jika memohon keampunannya Allah ampunkan”.
(H.R. Imam An-Nasa’i).

“Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengerjakan ibadah haji sama seperti dibelanjakan pada perang fisabilillah, setiap wang ringgit yang dibelanjakan itu akan digantikan dan digandakan sebanyak tujuh ratus kali ganda.”
(HR Imam Ahmad).

Semoga kita semua dapat mengerjakan haji dengan cara apa sekalipun.
Firman Allah dalam ayat 27, Surah Al-Hajj
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh

Saya doakan segalanya dipermudahkan Allah, tuan-tuan dan puan-puan berjaya menjadi tetamu Allah tahun ini dari berbillion umat Islam, dan dianugerahkan Allah dengan haji mabrur, yang balasannya tidak lain hanyalah syurga!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: