Pendaftaran Haji 1432- MASIH TERBUKA

10th June 2011

Alhamdulillah Subhannallah, pihak seketariat menerima sambutan yang sangat baik dan ramai bakal jemaah telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Hampir 100 jemaah sudah mendaftar bersama kami.

SEMOGA BERITA INI MEMBERI SEMANGAT BAGI MEREKA YANG MASIH BELUM BERDAFTAR. SILA LAKUKAN DENGAN SEGERA,KAMI AKAN MENGHANTAR DOKUMEN TUAN PUAN UNTUK PRA PENDAFTARAN KE PIHAK HAMLAH/ SAUDI HAJJ PADA AKHIR BULAN JULY NANTI.

Bakal jemaah yang telah mendaftar, sila rujuk kepada data berikut untuk memeriksa dan memastikan status data pendaftaran tuan/puan.

Bagi jemaah yang ingin menyerahkan dokumen dan serta ingin bertanya berkenaan pendaftaran haji. Insyaallah pihak seketariat akan mengadakan sesi pendaftaran pada hari Jumaat depan, 17hb Jun 2011 pada sesi petang (1-3 ptg). Tempat akan dinyatakan nanti. Pada sesi tersebut ada panel dari bekas jemaah pakej kapal terbang dan bas untuk menjawab segala persoalan tuan/puan.

Pendaftaran masih terbuka lagi dan sila layari website kami di https://hajidariqatar.wordpress.com untuk maklumat lanjut dan informasi terkini program Haji.

Semoga kita semua dapat mengerjakan haji dengan cara apa sekalipun.

Firman Allah dalam ayat 27, Surah Al-Hajj
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh

Doakan segalanya urusan pendaftaran dipermudahkan Allah, tuan-tuan dan puan-puan berjaya menjadi tetamu Allah tahun ini dari berbillion umat Islam, dan dianugerahkan Allah dengan haji mabrur, yang balasannya tidak lain hanyalah syurga!

Sebarang persoalan boleh merujuk kepada penyelas program seketariat

– Wan Harris @ Doha (5581 2186), wanharrisamir

Wassalam,

b/p sekretariat haji 1432H

May 2011.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: