Pra Pendaftaran Haji 1433H

1st February 2012

Assalamualaikum wrt wbkt kepada semua rakan beragama Islam di bumi Qatar,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan segala pujian kepadaNya dengan segala limpahan rahmat dan kurniaNya dan semoga Allah SWT terus memberikan kita kekuatan untuk terus beristiqomah dan menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT ini.

Alhamdulillah, pihak Sekretariat Haji 1433H ingin mengumumkan bahawa pendaftaran Ibadat Haji untuk tahun 1433H bermula mulai sekarang.

Kepada rakan-rakan beragama Islam yang bermastautin di Qatar dan berniat untuk menunaikan ibadah Haji dalam bulan Oktober tahun ini, anda boleh mula menyerahkan dokumen-dokumen (untuk setiap jemaah) seperti berikut:
1. Salinan passport
2. Salinan Residence Permit (RP)

Pastikan salinan passport dan RP dalam satu mukasurat. Sila rujuk contoh seperti dilampiran.
3. Empat (4) keping gambar berlatar-belakang warna putih. Sila nyatakan tujuan anda mengambil gambar tersebut (ibadat haji) kepada kedai gambar supaya anda tidak perlu mengambil semula gambar sekiranya salah spesifikasi.

Sila pastikan setiap jemaah menulis nama, no passport, nama negara asal dan no handphone di belakang gambar. Sila rujuk contoh seperti dilampiran.
4. Duit pendahuluan QR500. Resit akan diberikan oleh Sekretariat Haji.

5. Maklumat lengkap – peribadi – no handphone, email pejabat (sekiranya ada), email peribadi.

Ibadat Haji tahun ini dijangkan akan bermula dari 23-28 Oktober 2012, insya-Allah. Pemilihan pakej boleh dibuat kemudian.

AJK Sekretariat Haji bagi tahun 1433H adalah seperti berikut:
1. Hj Jamal M Sulaiman, 66794241
2. Hj Syed Mohd Faisal Al-Qadri, 66599325
3. Hj Yusmizar Yob, 55400642
4. Hj Ahmad Hasnan Mohd Zaki, 66816628
5. Hj Muhammad Abdullah Abd Wahab Ishari, 66095098
6. Hj Amir Ali, 33225904
7. Hj Khairul Annuar Zainal, 55863516
8. Hj Abdul Wafi Abdullah, 33514138
9. Hj Azwira Abdul Wahab, 77617666
10. Ustaz Hj Mohamad Salman Ali, 33135431
11. Khairil Anuar Zainal, 55899273

Program motivasi dan manasik haji akan dimulakan pada pertengahan/lewat bulan Mac 2012, insya-Allah.

Ingin saya nyatakan di sini kepada rakan-rakan yang masih dalam pertimbangan samada untuk menunaikan haji pada tahun ini atau ingin menangguhkannya ke tahun yang akan datang, sebaik-baiknya, sudah mula menanamkan niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Insya-Allah, berkat doa dan usaha dari tuan/puan, Allah SWT akan memakbulkan niat rakan-rakan untuk menjadi tetamu istimewaNya semasa musim Haji pada tahun ini, insya-Allah.

Bakal2 jemaah boleh menyerahkan dokumen2 seperti diatas kepada mana2 AJK Sekretariat. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya secara terus.

Pra daftar Haji 1433H online di sini http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=54218d67-a664-48b0-9c44-ea6987c38e21

 

Wassalam.

Khairil Anuar Zainal
b/p Sekretariat Haji 1433H
Email Sekretariat Haji 1433H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: