Ibadah Haji 1433H – Kursus Motivasi 1 – sambungan pada 05/05/2012 1 Attachment

5th May 2012

Assalamualaikum wrt wbkt,
Alhamdulillah, kursus motivasi pertama untuk musim haji tahun ini telah bermula semalam dengan kehadiran yang amat menggalakkan dari semua bakal jemaah haji. Ustaz Ismail bin Mat Ali, telah memberikan penerangan yang cukup panjang lebar mengenai persediaan untuk menunaikan umrah/haji, soal-jawab mengenai ibadat umrah/haji dan sirah yang amat baik sekali mengenai ibadat umrah/haji itu sendiri.

Semalam, Ustaz Ismail bin Mat Ali telah selesai memberikan penerangan sehinggalah ke peringkat selesai mengerjakan umrah sebelum bermulanya hari Tarwiyah pada 8 Dzulhijjah. Beliau juga telah mengumumkan bahawa beliau akan menyambung ceramah beliau pada hari ini insya-Allah, meliputi ibadat haji itu sendiri (Haji Tamattuk) bermula dari hari Tarwiyah sehinggalah selesai ibadat Haji dengan Nafar Awal pada 12 Dzulhijjah (Mina – Arafah – Muzdalifah – Mina).

Sebenarnya, kursus pada 05/05/2012 hari ini telah dikhususkan untuk peserta-peserta kursus pentauliahan mutawwif sahaja. Walaubagaimanapun, dengan sambutan yang amat menggalakkan dari bakal2 jemaah haji semalam beserta dengan kehadiran kesemua 42 peserta kursus pentauliahan mutawwif, Ustaz Ismail Bin Mat Ali, akan menyambung dan melengkapkan ceramah beliau untuk ibadah Haji pada pagi ini, insya-Allah.

Oleh yang demikian, ceramah Ustaz Ismail bin Mat Ali, akan dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini di Al-Bayyan Ladies Clubhouse, insya-Allah. Peta ke lokasi ceramah dilampirkan bersama email ini.

Besarlah harapan kami pihak Sekretariat Haji agar semua bakal jemaah haji dapat menghadirkan diri pada pagi ini. Semoga, usaha tuan2 dan puan2 untuk berusaha menimba ilmu Allah SWT ini akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda di dalam melakukan/memperolehi yang terbaik di dalam ibadat haji antum nanti, insya-Allah.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Al-Bayyan Ladies Clubhouse Compound Map.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: