Ibadat Haji 1433H – Kursus Motivasi 2 – 08/06/2012

30th May 2012

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, kursus motivasi yang pertama bersama Ustaz Ismail bin Mat Ali telah pun selesai pada 4 & 5 Mei 2012 yang lepas. Pihak Sekretariat berharap agar para bakal2 jemaah telah memperolehi yang terbaik dari ceramah2 tersebut. Dan, pada kebanyakan jemaah yang tidak dapat menghadiri ceramah pada 5 Mei 2012, saya harap antum telah menonton semula rakaman2 ceramah tersebut seperti link yang diberikan di dalam group Hajj 1433H di Facebook. Ini kerana Ustaz Ismail Mat Ali pada sesi ceramah pada 5 Mei 2012 telah memberikan penerangan khusus meliputi ibadat haji itu sendiri (Haji Tamattuk) bermula dari hari Tarwiyah sehinggalah selesai ibadat Haji dengan Nafar Awal pada 12 Dzulhijjah (Mina – Arafah – Muzdalifah – Mina).

Insya-Allah, sesi Motivasi ke-2 Ibadat Haji akan diadakan pada 8 June 2012. Kursus kali ini merangkupi persediaan-persediaan yang perlu dilakukan (sesi sebelah pagi) dan program motivasi oleh Ustaz Amir pada sebelah petang. Diharapkan semua bakal2 jemaah akan dapat meluangkan masa untuk menghadiri ceramah haji kali ini.

Satu pesanan yang ingin saya sampaikan di sini ialah Haji yang anda akan perolehi ialah apa yang anda usahakan untuknya. Ini merangkumi segala-galanya, samada dari segi persediaan ibadat, mental, fizikal, kewangan, ilmu, kerohanian dan sebagainya, agar ibadat haji yang dilakukan nanti akan terkesan di hati dan anda beristiqomah dengannya.

Maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu kursus kali ini akan diumumkan sebaik kami mendapat pengesahan.

Sekiranya antum mempunyai pertanyaan2 samada dari segi penyediaan dokumen, pakej, dan sebagainya, sila email ke ajkhaji1433

JazakAllah khair kathiran.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: