Ibadat Haji 1433H – Kursus Motivasi 3 – 14 September 2012

10th September 2012

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kita telah selamat menjalani puasa Ramadhan, menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kita juga berusaha untuk menunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini.

Insya-Allah, program haji akan diteruskan dengan kursus motivasi dan refresher haji pada hari Jumaat ini, 14 September 2012, bertempat di Palm City Garden, bermula dari pukul 8 hingga 11 pagi.

GPS Coordinates Palm City Garden: 25o 15’ 21.65” N, 51o 27’ 45.15” E

Program akan dimulakan dengan pengisian motivasi dari Ustaz Salman Ali, sedikit refresher perjalanan haji dari saya sendiri dan kemudian taklimat terkini status permohonan haji untuk semua jemaah Hamlah Al-Ali dan Hamlah Al-Haramain. Jemaah diminta bersedia dengan soalan2 yang hendak dikemukakan sepanjang program kali ini dan pihak Sekretariat Haji akan cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin.

Semua jemaah diminta membawa passport asal masing2 untuk diserahkan kepada Haji Faisal. Pembayaran penuh haji akan dibuat kemudian setelah jemaah mula mendapat pengesahan visa haji masing-masing. Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan sekiranya jemaah ingin terus menyerahkan bayaran penuh hari Jumaat ini.

Sarapan pagi akan disediakan, walaubagaimanapun, potluck amat dialu-alukan dari semua jemaah.

Diharapkan semua jemaah yang sudah berada di Qatar dapat hadir untuk program kali ini.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: