Ibadat Haji 1433H – Maklumat Terkini dan Kursus Seterusnya

15th September 2012

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, sesi kursus motivasi ke-3 telahpun selesai Jumaat lalu dengan keizinan Allah SWT.

Seperti yang telah diberitahu oleh En Abdul Salam, wakil Hamlah Al-Ali pada sesi lepas, keputusan akhir mengenai jumlah kuota jemaah haji dari Qatar akan diketahui sebelum akhir minggu akan datang ini. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa supaya jumlah kuota jemaah haji ini akan ditambah kepada jumlah seperti tahun-tahun sebelumnya dan dengan itu membolehkan kesemua jemaah untuk menunaikan haji seperti yang diharapkan.

Oleh itu, pihak Sekretariat Haji meminta sekiranya mana-mana jemaah menerima sms kelulusan haji dari pihak Komiti Haji kerajaan Qatar agar memaklumkan secepat mungkin kepada pihak Sekretariat Haji samada email atau Facebook atau menghubungi terus Haji Faisal (hp no 66599325) selaku wakil pihak Sekretariat yang berurusan terus dengan Hamlah Al-Ali.

Walaubagaimanapun, sekiranya sehingga hujung minggu ini, para jemaah masih belum menerima sms kelulusan haji tersebut, pihak Sekretariat Haji meminta semua bersabar kerana seperti yang saya sebutkan di dalam sesi Jumaat lepas, proses kelulusan haji ini akan berlangsung sehingga beberapa hari sebelum tarikh bertolak menunaikan haji (tentatively pada 15 Oktober 2012, insya-Allah).

Penyerahan passport dan pembayaran penuh pakej haji termasuk Hadyu, Qurban dan Dam Haji Tamattu’ akan diumumkan sebaik kami menerima maklumat terkini dari pihak Hamlah Al-Ali. Dalam masa yang sama, pihak Sekretariat Haji akan juga mendapatkan maklumat terkini dari Hamlah Haramain.

Juga, seperti yang dimaklumkan di dalam sesi Jumaat lepas, kursus Manasik Haji akan berlangsung setiap Jumaat seperti berikut:
1. 21 September 2012 – Kursus Manasik Haji 2
2. 28 September 2012 – Kursus Praktikal Haji & penyerahan Passport dan Pembayaran
3. 5 Oktober 2012 – Taklimat Akhir dan Doa Selamat
Lokasi setiap kursus/taklimat akan diumumkan kemudian.

Adalah diharapkan semua jemaah terus menghadiri setiap kursus yang diadakan agar tuan/puan memahami secara menyeluruh pelaksanaan haji dan falsafahnya, insya-Allah.

Sila hubungi secara terus Haji Faisal atau mana2 AJK Sekretariat Haji termasuk saya sendiri untuk sebarang pertanyaan. No hp AJK boleh diperolehi dari e-book.

JazakAllah khairan kathiran.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: