Ibadat Haji 1434H

20th February 2013

Assalamualaikum wrt wbkt,

Kepada semua rakan Malaysia beragama Islam di bumi Qatar,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan segala pujian kepadaNya dengan segala limpahan rahmat dan kurniaNya dan semoga Allah SWT terus memberikan kita kekuatan untuk terus beristiqomah dan menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT ini.

Alhamdulillah, pihak Sekretariat Haji Malaysia-Qatar ingin mengumumkan bahawa pendaftaran Ibadat Haji untuk tahun 1434H bermula mulai sekarang. Kepada rakan-rakan beragama Islam yang bermastautin di Qatar dan berniat untuk menunaikan ibadah Haji dalam pertengahan bulan Oktober tahun ini, anda boleh mula menyerahkan dokumen-dokumen (untuk setiap jemaah) seperti berikut:

1. Salinan passport
2. Salinan Residence Permit (RP)
Pastikan salinan passport dan RP dalam satu mukasurat.
3. Empat (4) keping gambar berlatar-belakang warna putih. Sila nyatakan tujuan anda mengambil gambar tersebut (ibadat haji) kepada kedai gambar supaya anda tidak perlu mengambil semula gambar sekiranya salah spesifikasi.
Sila pastikan setiap jemaah menulis nama, no passport, nama negara asal dan no handphone di belakang gambar.
4. Duit pendahuluan QR500. Resit akan diberikan oleh Sekretariat Haji.
5. Maklumat lengkap – peribadi – no handphone, email pejabat (sekiranya ada), email peribadi.

Ibadat Haji tahun ini dijangkakan akan bermula dari 13-18 Oktober 2013, insya-Allah, dengan tarikh perjalanan ke Mekah dijangkakan pada minggu pertama Oktober 2013. Pemilihan pakej boleh dibuat kemudian.

AJK Sekretariat Haji Malaysia-Qatar adalah seperti berikut:
1. Hj Jamal M Sulaiman, 66794241
2. Hj Syed Mohd Faisal Al-Qadri, 66599325
3. Hj Yusmizar Yob, 55400642
4. Hj Ahmad Hasnan Mohd Zaki, 66816628
5. Hj Khairul Annuar Zainal, 55863516
6. Hj Abdul Wafi Abdullah, 33514138
7. Hj Azwira Abdul Wahab, 77617666
8. Hj Mohd Zahed Baba, 33657213
9. Hj Noor Hisham Abdul, 55634435
10. Ustaz Hj Mohamad Salman Ali, 33135431
11. Khairil Anuar Zainal, 55899273

Taklimat Haji pertama akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2013, insya-Allah. Program motivasi dan manasik haji akan dimulakan pada 22 Mac 2013, insya-Allah. Maklumat lanjut akan diumumkan sebelum 1 Mac 2013, insya-Allah.

Ingin saya nyatakan di sini kepada rakan-rakan yang masih dalam pertimbangan samada untuk menunaikan haji pada tahun ini atau ingin menangguhkannya ke tahun yang akan datang, sebaik-baiknya, sudah mula menanamkan niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Insya-Allah, berkat doa dan usaha dari tuan/puan, Allah SWT akan memakbulkan niat rakan-rakan untuk menjadi tetamu istimewaNya semasa musim Haji pada tahun ini, insya-Allah.

Keutamaan diberikan kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas.

Pendaftaran online dengan Sekretariat Haji akan dibuka sebelum Mac 2013, insya-Allah.

Bakal2 jemaah boleh menyerahkan dokumen2 seperti diatas kepada mana2 AJK Sekretariat.

Wassalam.

Khairil Anuar Zainal
Sekretariat Haji Malaysia-Qatar

One Response to “Ibadat Haji 1434H”

  1. myislammedia Says:

    Formula Haji Sempurna | Tanyalah Ustaz
    Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Najib Abd. Kadir

    InsyaAllah Bermanfaat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: