Ibadat Haji 1434H

20th February 2013

Assalamualaikum wrt wbkt,

Kepada semua rakan Malaysia beragama Islam di bumi Qatar,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan segala pujian kepadaNya dengan segala limpahan rahmat dan kurniaNya dan semoga Allah SWT terus memberikan kita kekuatan untuk terus beristiqomah dan menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT ini.

Alhamdulillah, pihak Sekretariat Haji Malaysia-Qatar ingin mengumumkan bahawa pendaftaran Ibadat Haji untuk tahun 1434H bermula mulai sekarang. Kepada rakan-rakan beragama Islam yang bermastautin di Qatar dan berniat untuk menunaikan ibadah Haji dalam pertengahan bulan Oktober tahun ini, anda boleh mula menyerahkan dokumen-dokumen (untuk setiap jemaah) seperti berikut:

1. Salinan passport
2. Salinan Residence Permit (RP)
Pastikan salinan passport dan RP dalam satu mukasurat.
3. Empat (4) keping gambar berlatar-belakang warna putih. Sila nyatakan tujuan anda mengambil gambar tersebut (ibadat haji) kepada kedai gambar supaya anda tidak perlu mengambil semula gambar sekiranya salah spesifikasi.
Sila pastikan setiap jemaah menulis nama, no passport, nama negara asal dan no handphone di belakang gambar.
4. Duit pendahuluan QR500. Resit akan diberikan oleh Sekretariat Haji.
5. Maklumat lengkap – peribadi – no handphone, email pejabat (sekiranya ada), email peribadi.

Ibadat Haji tahun ini dijangkakan akan bermula dari 13-18 Oktober 2013, insya-Allah, dengan tarikh perjalanan ke Mekah dijangkakan pada minggu pertama Oktober 2013. Pemilihan pakej boleh dibuat kemudian.

AJK Sekretariat Haji Malaysia-Qatar adalah seperti berikut:
1. Hj Jamal M Sulaiman, 66794241
2. Hj Syed Mohd Faisal Al-Qadri, 66599325
3. Hj Yusmizar Yob, 55400642
4. Hj Ahmad Hasnan Mohd Zaki, 66816628
5. Hj Khairul Annuar Zainal, 55863516
6. Hj Abdul Wafi Abdullah, 33514138
7. Hj Azwira Abdul Wahab, 77617666
8. Hj Mohd Zahed Baba, 33657213
9. Hj Noor Hisham Abdul, 55634435
10. Ustaz Hj Mohamad Salman Ali, 33135431
11. Khairil Anuar Zainal, 55899273

Taklimat Haji pertama akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2013, insya-Allah. Program motivasi dan manasik haji akan dimulakan pada 22 Mac 2013, insya-Allah. Maklumat lanjut akan diumumkan sebelum 1 Mac 2013, insya-Allah.

Ingin saya nyatakan di sini kepada rakan-rakan yang masih dalam pertimbangan samada untuk menunaikan haji pada tahun ini atau ingin menangguhkannya ke tahun yang akan datang, sebaik-baiknya, sudah mula menanamkan niat untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Insya-Allah, berkat doa dan usaha dari tuan/puan, Allah SWT akan memakbulkan niat rakan-rakan untuk menjadi tetamu istimewaNya semasa musim Haji pada tahun ini, insya-Allah.

Keutamaan diberikan kepada jemaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas.

Pendaftaran online dengan Sekretariat Haji akan dibuka sebelum Mac 2013, insya-Allah.

Bakal2 jemaah boleh menyerahkan dokumen2 seperti diatas kepada mana2 AJK Sekretariat.

Wassalam.

Khairil Anuar Zainal
Sekretariat Haji Malaysia-Qatar

Assalamualaikum Wrt Wbkt,

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program Haji bagi tahun 1434Hijrah akan dimulakan dengan road-show/taklimat/ceramah Motivasi-1 Haji untuk semua bakal-bakal haji di seluruh Qatar seperti berikut:

Tarikh: Jumaat, 8hb March 2013
Waktu: 8.00 pagi – 3.00 petang.
Tempat: Palm City Garden clubhouse (GPS Coordinates: N25 15.253′, E51 27.808′)
Agenda: akan diumumkan secepat mungkin, insya-Allah.

Bagi pihak Sekretariat Haji Malaysia di Qatar, kepada semua bakal-bakal jemaah haji Malaysia di Qatar diminta membuat pendaftaran secara online seperti link di bawah secepat mungkin:

http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=86e22d98-55ec-4514-822c-55ad543dc0fa

Untuk jemaah yang telah membuat pendaftaran online, sila maklumkan kepada pihak Sekretariat (email: ajkhajimalaysiaqatar) untuk kami mengesahkan penerimaan pendaftaran dan memeriksa maklumat yang diberi.

Semua bakal-bakal jemaah diminta agar melengkapkan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di dalam email di bawah dan menyerahkan kepada mana-mana AJK Sekretariat sebelum atau pada hari taklimat tersebut.

Untuk bakal-bakal jemaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas dan sekiranya anda merancang menunaikan haji pada tahun ini, sila email kami di alamat email AJK Sekretariat di atas untuk pengesahan dan tindakan lanjut.

Di dalam masa yang sama, semua bakal2 jemaah Malaysia di Qatar (termasuk yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas dan merancang menunaikan haji pada tahun ini) diminta menyertai group email haji1434h dan group Haji 1434 di Facebook: https://www.facebook.com/#!/groups/Haji1434H/

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, boleh dikemukakan kepada saya atau mana2 AJK seperti senarai dalam email di bawah.

Khairil
bagi pihak Sekretariat Haji Malaysia-Qatar.

Assalamualaikum wrt wbkt,

Majlis kesyukuran untuk semua jemaah haji, termasuk anda yang tidak dapat pergi menunaikan haji, akan diadakan pada 9 November 2012 ini, bertempat di Palm City Garden selepas solat Jumaat, insya-Allah.

Jemaah boleh menjemput semua rakan2 anda ke majlis ini untuk sama2 meraikan anda semua. Jadi, boleh la beritahu semua rakan2.

Anda boleh bersolat Jumaat di masjid besar yang terletak di luar compound Palm City Garden.

Ceramah motivasi bersama Ustaz Salman Ali selepas makan tengahari. Makan tengahari disediakan untuk semua hadirin.

Kita akan cuba aturkan agar seorang jemaah haji dari Hamlah Al-Ali dan seorang jemaah haji dari Hamlah Al-Haramain untuk berkongsi pengalaman masing2 semasa majlis ini, insya-Allah.

Khairil Anuar Zainal
b/p Sekretariat Haji Malaysia, Qatar.

Assalamualaikum wrt wbkt,

Sehingga ke saat ini, pihak Sekretariat Haji masih lagi menunggu berita mengenai pertambahan quota haji dari pihak Hamlah/Komiti Haji Qatar. Masih belum ada apa2 berita atau pengesahan yang dapat kami kongsi bersama dengan semua bakal jemaah.

Pihak Sekretariat Haji akan menunggu sehingga Jumaat ini, 12 Oktober 2012, untuk apa2 berita/status haji dengan para bakal jemaah.

Kita akan meneruskan sesi taklimat pada hari Jumaat ini, 12 Oktober 2012, di Al-Bayyan Ladies Clubhouse, Doha, bermula 12.30 tengahari hingga 4 petang, insya-Allah. Makanan tengahari disediakan untuk semua bakal jemaah. Selepas makan tengahari, sesi akan dimulakan dengan ceramah dari Ustaz Haji Salman Ali.

Teruskan berdoa dan bersolat hajat kepada Allah SWT. Semoga Dia memberikan yang terbaik untuk kita semua, insya-Allah. Walaubagaimanapun, kita perlu redha dengan segala ketentuanNya.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia, Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Berdasarkan status kelulusan haji yang masih tidak berubah setakat malam ini, Sesi Taklimat Akhir yang dirancang akan diadakan pada Jumaat ini, 5 Oktober 2012, ditunda dan akan diadakan pada 12 Oktober 2012, bertempat di Palm City Garden, insya-Allah.

Dalam masa yang sama, saya meminta semua bakal2 jemaah haji untuk terus membuat persediaan dan persiapan seperti biasa. Pastikan NOC, passport dan duit bayaran haji, qurban dan hadyu diserahkan kepada Sekretariat Haji secepat mungkin (untuk bakal2 jemaah yang masih belum berbuat demikian).

Pastikan tuan/puan juga mengambil suntikan meningitis dan menyerahkan sijil/vaccination card kepada pihak Sekretariat pada 12 Oktober nanti, insya-Allah.

Pastikan juga segala kelengkapan haji sudah dibeli dan doa di Arafah disediakan. Teruskan berdoa, bersabar dan istiqomah. Semoga kelulusan haji melalui sms untuk semua jemaah akan diterima didalam masa terdekat ini, insya-Allah.

Sebaik sahaja kami menerima berita baik dari Hamlah, kami akan terus maklumkan kepada semua bakal jemaah, insya-Allah.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia, Qatar.

Assalamualaikum wrt wbkt,

Insya-Allah, Kursus Haji akan diteruskan pada hari Jumaat ini, 28 September 2012 bertempat di Green Village Clubhouse (peta disertakan dalam email). Agenda seperti berikut:

Tarikh: 28 September 2012

Waktu:

8.00 pagi – 8.30 pagi: sesi Taharrah bersama Ustaz Amir

Untuk jemaah wanita, sila minta suami emailkan soalan2 anda (soalan2 mengenai hal2 wanita) kepada saya.

8.30 pagi – 9.00 pagi: Sarapan pagi

9.00 pagi – 10.15 pagi: Sambungan Manasik Haji bersama Ustaz Salman Ali

10.15 pagi – 11.00 pagi: Kursus Praktikal

Semua jemaah lelaki diminta membawa kain ihram dan talipinggang ihram.

1.00 ptg – 1.30 ptg: Makan tengahari dan Majlis Perpisahan Ustaz Abdullah

Ucapan ringkas dari Sekretariat dan Ustaz Abdullah

1.30 ptg – 2.30 ptg: Pembayaran duit pakej Haji, Hadyu Dam Haji Tamattu’ dan Qurban

Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan untuk semua jemaah.

Kos bayaran penuh pakej haji, hadyu, Qurban dan makanan seperti dalam email.

Diminta SEMUA jemaah haji membuat pembayaran penuh seperti jumlah di atas pada hari Jumaat ini, insya-Allah. Sekiranya tuan2 mempunyai soalan, sila hubungi Haji Faisal (66599325).

Diminta semua jemaah untuk hadir ke sesi kursus kali ini kerana ini merupakan kursus manasik final/praktikal untuk anda semua sebelum sesi taklimat akhir pada 5 Oktober 2012, insya-Allah.

Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua agar semua jemaah haji pada tahun ini dapat menunaikan haji seperti yang diharapkan, insya-Allah, Ameen.

Khairil Anuar Bin Zainal

b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Compound Map – Green Village.pdf

Assalamualaikum wrt wbkt,

Untuk sesi kursus esok pagi, diminta semua jemaah untuk membawa passport asal masing2 dan duit penuh pakej haji untuk diserahkan kepada pihak Sekretariat Haji. Sekiranya ada antara jemaah yang tidak berkesempatan untuk menyerahkan duit penuh pakej haji esok, penyerahan duit boleh dilakukan kemudian tetapi sila bawa passport asal masing2 esok.

Kita akan mempunyai kursus manasik haji, perkongsian status permohonan haji dan juga pengambilan suntikan, esok, insya-Allah.

JazakAllah khairan kathiran.

Al-Bayyan Ladies Clubhouse Compound Map.pdf