Assallammualaikum Tuan/Puan Bakal Tetamu Allah,


Sekretariat Umrah ingin memaklumkan terdapat lebih kurang 15 KEKOSONGAN
lagi untuk perjalanan menaiki bas. Buat masa ini, kita telahpun mendapat
pendaftaran seramai 115 orang. Kita memerlukan 15 orang lagi untuk
membolehkan kita menempah bas yang ke 4.

Pada masa yang sama, Sekretariat Umrah juga ingin menjemput bakal-bakal
tetamu Allah untuk hadir ke Majlis Taklimat & Menasik Umrah III yang akan
diadakan.

Keterangan lanjut seperti di bawah :

Tarikh         : 5hb March 2011, Sabtu
Tempat       : Ladies Club, Al Bayyan Compound Al Sadd (GPS N25 16′ 10.0″, E51 28′ 57.3″)
Masa          : 6petang – 9.30malam

Aturcara Majlis
6.00 – 7.15 malam    Taklimat Perjalanan Umrah Penyerahan Salinan Passport + Gambar

8.15 – 9.30 malam     Menasik Umrah oleh Ustaz Nizam

Semua bakal-bakal tetamu Allah dijemput hadir.

Terima kasih.

Sekretariat Umrah
b/p Jawatankuasa MAQ 2010/2011

Advertisements

Umrah Musim Bunga MAQ 2011

15th January 2011

Assalamu’alaikum ikhwanul muslimin,

Pihak MAQ bersama Sekretariat Umrah 2011 ingin berkongsi maklumat mengenai
permohonan Visa Umrah untuk tahun ini. Permohonan  visa umrah akan dibuka
seawal hujung bulan Januari 2011.

Perjalanan Umrah ini akan dibahagi kepada 2 bahagian :

1. Menaiki bas diketuai oleh Tuan Haji Mansor dan
2. Menaiki kenderaan sendiri diketuai oleh Tuan Haji Wan Harris

Untuk kedua-dua perjalanan, butiran dokumen-dokumen adalah sama.

Sila rujuk paduan pendaftaran/ permohonan umrah di bawah sebelum tuan/puan
menyerahkan dokumen kepada seketariat :

a)        Sila isi borang permohonan, seperti dalam lampiran dan serahkan
kepada sek r etariat sebelum tarik h  tutup*
b)        Dokumen yang perlu diserahkan untuk setiap jemaah – gambar 4
keping (latar belakang putih), Salinan pasport (Muka hadapan).
c)        Dinasihatkan pasport jemaah, sahlaku 6 bulan tempohnya, dari
tarikh perjalanan.
d)        Bagi jemaah yang ingin membawa pembantu rumah (Indonesia dan
Filipino). Tiada masalah, serahkan dokumen seperti diperlukan.

Bagi ahli keluarga yang datang dengan VISIT VISA dan ingin mendaftar untuk
ibadah umrah, sila harap ambil perhatian prosedur dinyatakan dibawah :

1.        Permohonan visa hanya untuk perjalanan umrah sahaja. TRANSIT
Visa tidak boleh boleh dipohon.
2.        Dokumen perlu diserahkan untuk setiap jemaah – gambar 4 keping
(latar belakang putih), Salinan passport (Muka hadapan). Sila hantar
dokumen diperlukan  sebelum  tarikh tutup*
3.        Ahli keluarga / Jemaah dari Malaysia perlu berada di Qatar
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh perjalanan kerana pasport asal
perlu dikumpul dan diserahkan ke Kedutaan Saudi untuk tujuan visa.

Kos visa umrah dianggarkan :
QR230.00 seorang (QR160.00 seorang pada April tahun lalu),
QR150.00 seorang bagi kanak2 dibawah 10 tahun (QR100.00 seorang pada tahun
lalu).

Khas Untuk Jemaah Menaiki Bas :

Taklimat perjalanan Umrah serta Kelas Bimbingan / Menasik Umrah akan
diadakan pada 11hb dan 25hb Feb 2011.

Jumlah kos perjalanan dengan bas serta tarikh menyerahkan bayaran akan
diberitahu kelak.

Harga sewa Bas SAPTCO belum diketahui. Walau bagaimanana pun, SAPTCO
bersedia menawarkan bas baru (model 2010/2011) VIP 49 seater dan VIP 28
seater.

Penginapan di Mekah belum dapat dipastikan –  buat masa ini  Hotel DAR
AL-FIRDOUS (hotel ‘Tabung Haji’ bersebelahan bas station SAPTCO). Tempahan
hotel adalah melalui Hamlah Bader.

Penginapan di Madinah belum dapat dipastikan –  buat masa ini  Hotel
Dallah Taibah (tempahan hotel melalui Ustaz Abdullah, pelajar Universiti
Islam Madinah).

Cadangan jadual perjalanan adalah seperti yang dilampirkan.

*Tarikh tutup : Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja jumlah jemaah
mencapai 90 orang (untuk 2 buah bas 49 seater). Bas no. 3 hanya akan
ditempah sekiranya jumlah jemaah mencukupi 120 orang atau selewat-lewatnya
20 Februari 2011

Khas untuk jemaah yang menaiki kenderaan sendiri:

Rancang perjalanan tuan/puan, Visa Umrah yang telah diluluskan hanya
mempunyai sahlaku 30 hari sahaja. Bermakna tuan/ puan perlu merancang
perjalanan dan menyatakan tarikh yang tuan/puan rancang semasa berdaftar
nanti.

Bagi jemaah yang memerlukan perkhidmatan ground di Saudi atau ingin
membuat tempahan pakej lengkap (hotel, Makanan dan program ziarah), mereka
boleh menghubungi terus sahabat/syarikat2 yang mengusahakan ‘perkhidmatan
ground’ di Saudi :

·        BahrulMazi Travel c/o Hj Issyam Ismail (eltax73@yahoo.com)  ·
Andalusia Travel c/o Hj Amir Hamzah +974 5564 0294
(amirhamzah.mamat@gmail.com)

*Tarikh tutup : Permohonan visa akan diterima hanya sehingga 15 Mac 2011.

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, sila emel ke umrah@malqatar.com
atau hubungi wakil-wakil sekretariat :

–        Tuan Hj Wan Harris (55812186) – Doha
–        Tuan Hj Mansor – Perjalanan dengan Bas (55176875) – Al Wakra  –
–        Tuan Hj Ahmad Hasnan (66816628) – Al Khor
–        Tuan Hj Khairil (55899273) – Dukhan

Jadual Perjalanan Menaiki Bas – Klik

Borang Pendaftaran Untuk Persendirian – Klik

Borang Pendaftaran Untuk Menaiki Bas – Klik

Terima kasih.

Jawatankuasa MAQ 2010/2011
b/p Sekretariat Umrah