Assalamualaikum wrt wbkt,

Insya-Allah, kursus haji akan diteruskan Jumaat ini dengan kursus Manasik Haji yang ke-2 bersama Ustaz Salman Ali, bertempat di Al-Bayyan Ladies Clubhouse, Al-Bayyan compound, dari pukul 8 sehingga 11 pagi.

GPS Coordinate Al-Bayyan Ladies Clubhouse: 25o 16′ 09.86" N, 51o, 28′ 57.40" E.

Sarapan pagi akan disediakan, walaubagaimanapun, potluck dari para jemaah dialu-alukan.

Kami pihak Sekretariat masih meneruskan komunikasi dengan pihak Hamlah mengenai status permohonan setiap jemaah. Di harapkan para jemaah terus berdoa agar Allah SWT menerima kesemua jemaah pada tahun ini sebagai tetamuNya semasa musim haji nanti, insya-Allah.

Wassalam.

Khairil Anuar Zainal
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Insya-Allah, kursus haji akan diteruskan Jumaat ini dengan kursus Manasik Haji yang ke-2 bersama Ustaz Salman Ali, bertempat di Al-Bayyan Ladies Clubhouse, Al-Bayyan compound, dari pukul 8 sehingga 11 pagi.

GPS Coordinate Al-Bayyan Ladies Clubhouse: 25o 16′ 09.86" N, 51o, 28′ 57.40" E.

Sarapan pagi akan disediakan, walaubagaimanapun, potluck dari para jemaah dialu-alukan.

Kami pihak Sekretariat masih meneruskan komunikasi dengan pihak Hamlah mengenai status permohonan setiap jemaah. Di harapkan para jemaah terus berdoa agar Allah SWT menerima kesemua jemaah pada tahun ini sebagai tetamuNya semasa musim haji nanti, insya-Allah.

Wassalam.

Khairil Anuar Zainal
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, sesi kursus motivasi ke-3 telahpun selesai Jumaat lalu dengan keizinan Allah SWT.

Seperti yang telah diberitahu oleh En Abdul Salam, wakil Hamlah Al-Ali pada sesi lepas, keputusan akhir mengenai jumlah kuota jemaah haji dari Qatar akan diketahui sebelum akhir minggu akan datang ini. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa supaya jumlah kuota jemaah haji ini akan ditambah kepada jumlah seperti tahun-tahun sebelumnya dan dengan itu membolehkan kesemua jemaah untuk menunaikan haji seperti yang diharapkan.

Oleh itu, pihak Sekretariat Haji meminta sekiranya mana-mana jemaah menerima sms kelulusan haji dari pihak Komiti Haji kerajaan Qatar agar memaklumkan secepat mungkin kepada pihak Sekretariat Haji samada email atau Facebook atau menghubungi terus Haji Faisal (hp no 66599325) selaku wakil pihak Sekretariat yang berurusan terus dengan Hamlah Al-Ali.

Walaubagaimanapun, sekiranya sehingga hujung minggu ini, para jemaah masih belum menerima sms kelulusan haji tersebut, pihak Sekretariat Haji meminta semua bersabar kerana seperti yang saya sebutkan di dalam sesi Jumaat lepas, proses kelulusan haji ini akan berlangsung sehingga beberapa hari sebelum tarikh bertolak menunaikan haji (tentatively pada 15 Oktober 2012, insya-Allah).

Penyerahan passport dan pembayaran penuh pakej haji termasuk Hadyu, Qurban dan Dam Haji Tamattu’ akan diumumkan sebaik kami menerima maklumat terkini dari pihak Hamlah Al-Ali. Dalam masa yang sama, pihak Sekretariat Haji akan juga mendapatkan maklumat terkini dari Hamlah Haramain.

Juga, seperti yang dimaklumkan di dalam sesi Jumaat lepas, kursus Manasik Haji akan berlangsung setiap Jumaat seperti berikut:
1. 21 September 2012 – Kursus Manasik Haji 2
2. 28 September 2012 – Kursus Praktikal Haji & penyerahan Passport dan Pembayaran
3. 5 Oktober 2012 – Taklimat Akhir dan Doa Selamat
Lokasi setiap kursus/taklimat akan diumumkan kemudian.

Adalah diharapkan semua jemaah terus menghadiri setiap kursus yang diadakan agar tuan/puan memahami secara menyeluruh pelaksanaan haji dan falsafahnya, insya-Allah.

Sila hubungi secara terus Haji Faisal atau mana2 AJK Sekretariat Haji termasuk saya sendiri untuk sebarang pertanyaan. No hp AJK boleh diperolehi dari e-book.

JazakAllah khairan kathiran.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, kita telah selamat menjalani puasa Ramadhan, menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kita juga berusaha untuk menunaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini.

Insya-Allah, program haji akan diteruskan dengan kursus motivasi dan refresher haji pada hari Jumaat ini, 14 September 2012, bertempat di Palm City Garden, bermula dari pukul 8 hingga 11 pagi.

GPS Coordinates Palm City Garden: 25o 15’ 21.65” N, 51o 27’ 45.15” E

Program akan dimulakan dengan pengisian motivasi dari Ustaz Salman Ali, sedikit refresher perjalanan haji dari saya sendiri dan kemudian taklimat terkini status permohonan haji untuk semua jemaah Hamlah Al-Ali dan Hamlah Al-Haramain. Jemaah diminta bersedia dengan soalan2 yang hendak dikemukakan sepanjang program kali ini dan pihak Sekretariat Haji akan cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin.

Semua jemaah diminta membawa passport asal masing2 untuk diserahkan kepada Haji Faisal. Pembayaran penuh haji akan dibuat kemudian setelah jemaah mula mendapat pengesahan visa haji masing-masing. Walaubagaimanapun, kami mengalu-alukan sekiranya jemaah ingin terus menyerahkan bayaran penuh hari Jumaat ini.

Sarapan pagi akan disediakan, walaubagaimanapun, potluck amat dialu-alukan dari semua jemaah.

Diharapkan semua jemaah yang sudah berada di Qatar dapat hadir untuk program kali ini.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Alhamdulillah, program Ibadah Haji 1433H akan diteruskan dengan Kursus Manasik Haji 1 seperti berikut, insya-Allah:
Tarikh: 22 & 23hb Jun 2012.
Waktu: 22hb: 8.30 pagi – 11.00 pagi, 1.30 petang – 3.00 petang, 3.30 petang – 5.00 petang.
23hb: 8.30 pagi – 11.00 pagi, 1.30 petang – 3.00 petang, 3.30 petang – 5.00 petang.
Tempat: Green Village compound (GPS Coordinates: 25.266722 N, 51.464295 E)

Pihak Sekretariat Haji dengan kerjasama MAQ dengan ini berbesar hati ingin mengumumkan kehadiran Dr. Juanda Jaya, Mufti negeri Perlis, untuk bersama2 bakal2 jemaah haji tahun ini dan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam di Qatar untuk program2 Manasik Haji dan ceramah umum.

Diharapkan kesemua bakal jemaah dapat hadir ke sesi manasik haji ini untuk benar2 memahami pengertian, falsafah dan kaedah haji. Semoga Allah SWT melapangkan masa kita untuk menghadiri majlis ilmu ini, insya-Allah.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar

Assalamualaikum wrt wbkt,

Seperti email sebelum ini, kursus motivasi ke-2 ibadat Haji 1433H akan diadakan seperti berikut, insya-Allah:

Tarikh: 8 Jun 2012

Masa: Sesi suaikenal, Taklimat terkini Status Haji, Persediaan (Kesihatan, Logistik, Ilmu dan Kerohanian) : 8.00 pagi – 11.00 pagi

Motivasi: 1.30 tengahari – 4 petang – bersama Ustaz Amir.

Tempat: Colisseum Clubhouse (GPS Coordinate N 25.26080, E 51.42243).

Sarapan pagi dan tengahari disediakan namun potluck amat dialu2kan dari semua jemaah.

Kepada jemaah2 yang baru sahaja mendaftar, diminta membawa semua dokumen yang diperlukan untuk diserahkan kepada Sekretariat Haji.

Semoga Allah SWT melapangkan masa kita semua, insya-Allah.

Khairil
b/p Sekretariat Haji Malaysia di Qatar